|
✿ please don't do this! ✿
Sunday, 24 April 2011 | 3:45:00 am | 2 letter
wuhuuu~ entry kali nie nak story pasal CINTA... apakah itu CINTA?? CINTA ada banyak, CINTA pada ALLAH, ibubapa, rakan rakan, dan pasangan! hari nie aku nak bercerita pasal CINTA dengan pasangan... mungkin anda juga pernah berCINTA dan merasakan apakah itu CINTA? CINTA bukanlah satu paksaan! CINTA lahir dari dalam hati seseorang itu! anda tidak boleh sama sekali katakan anda CINTA seseorang itu jikalau anda sendiri tidak merasakannya! tidak semestinya lelaki atau perempuan pertama yang anda jumpa itu adalah CINTA pertama! atau orang selalu cakap "first love"! anda sendiri akan tahu bila anda berjumpa dengan CINTA pertama anda! anda sendiri dapat merasakannya! CINTA kadang-kadang INDAH! tapi kadang kadang CINTA itu menyakitkan! kerana apa menyakitkan??? ada pihak ke-3, ada pihak ke-4, ada pihak ke-5 ke?? mungkin!! manusia nie kadang kadang ada otak yg bijak.. tapi tak digunakan dengan betul... kadang kadang terang terangan dah tahu seseorang itu sudah berpunya, tapi nak jugak kacau hubungan mereka... hey, please be profesional lah!! dah tahu orang tue sudah berpunya, maknanya apa??? maknanya, jangan lah nak kacau kacau hubungan orang lain.. kadang kadang alasan pihak ke-3 nie, "errr, biar nak kacau pun, dia bukan nye laki orang lagi" " dia bukan kawen lagi" "selagi dia tak kawen, selagi tue aku berhak nak dapatkan dia" "hey!orang kawen pun boleh bercerai, inikan pulak orang bercinta" "ko bukan kawen lagi ngan dia, so aku pun boleh nak bercinta dengan dia" dan macam macam lah alasannya lagi.. tapi macam mana kalau perkara seperti itu berbalik semula kepada anda.. mungkin tidak hari ini, tidak esok hari, tapi mungkin selepas anda berkahwin?? mungkin ianya akan terjadi pula kepada anak anak anda?? semuanya akan berbalik kembali kepada anda!! teringat pulak cikgu math aku masa kat matrix dulu, cikgu suhaimi yang ada janggut comel itu! dia pernah cakap dalam kuliah, " kalau anda berbuat jahat sekarang, tuhan mungkin tidak akan membalasnya pada hari anda membuat kejahatan, pastinya hari itu akan tiba masanya kepada anak anak anda itu, maka beringatlah kamu semua " sampai hari ini aku masih ingat pesannya... dalam berCINTA pun sama je.. cuba apply kan konsep yang sama.. walaupun aku bukanlah mahir dalam bab bab berCINTA nie, tapi at least aku tahu, aku tahu apa ertinya CINTA... macam mana rasanya orang berCINTA nie.. ada hari indahnya ada hari sedihnya.. ada hari marahnya.. tapi beringatlah juga rakan-rakan ku sekalian, JANGAN sesekali melafazkan "aku CINTA padamu" bila hati tidak mengizinkannya.. JANGAN bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar benar ada.. JANGAN disentuh hidup seseorang jika hanya berniat main-main dengannya.. JANGAN menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang dilakukan hanya pembohongan. JANGAN membuatkan seseorang jatuh CINTA sedangkan kita tidak sanggup menerimanya.. inilah kebanyakkan yang berlaku sekarang dari pemerhatian aku, kadang kadang seseorang itu hanya ingin cari pasangan hidup yang kacak, yang macho, yang comel, yang cantik, padahal hati tidak mengizinkannya... kacak, hensem, macho, cantik, comel itu hanya sementara! kalau tuhan nak tarik kecantikan paras rupa itu, sekejap sahaja... berCINTA lah melalui perasaan hati anda.. carilah pasangan yang betul betul menCINTAi anda.. janganlah terlalu cepat menerima seseorang itu tanpa mengenali hati budinya.. kerana personaliti seseorang itulah yang akan membuatkan CINTA anda semakin kukuh.. mungkin bagi sesiapa yang telah dijodohkan dengan orang yang kacak, cantik, macho, comel itu adalah satu advantage untuk anda.. kadang kadang aku selalu dengar orang cakap " eh, awek dia cantik giler, tapi boyfie dia tak hensem langsung" "eh, boyfie dia hensem tapi nape awek dia tak cantik langsung" itulah sebenarnya CINTA... rupa langsung tidak memainkan peranan dalam berCINTA.. kerana CINTAnya bukan kepada paras rupa, tapi CINTA nya datang dalam hati seseorang itu... ada lagi mengenai CINTA nie.. kadang kadang aku tengok, ada orang tue, dah dapat bf/gf yang dah cantik, hensem, baik pulak tue, setia, jujur, memang tak pandang dah orang lain, tapi tapi tapi.... masih mencari orang lain!ha!yang nie memang aku tak faham! aku tak faham lelaki/ perempuan yang jenis macam nie.. gatal gatal miang miang sangat lah orang macam nie! kenapa ye meraka berbuat demikian?? tak cukup ke dapat seseorang yang dah cukup package! tapi aku masih belum mendapat jawapannya, mungkin anda ada pengalaman pasal nie, *boleh lah share share ye* err, dah bosan ke??pelik pelik pelik... apakah faktornya??faktor jarak??? kalau nie memang aku tak boleh terima!! CINTA, CINTA, CINTA apakah kesudahannya??? CINTA yang berakhir dengan perpisahan bukanlah CINTA yang sebenarnya. CINTA yang berakhir ke jinjang pelamin sangatlah indah, tapi itulah permulaan kisah CINTA. CINTA yang berakhir hingga ke anak cucu adalah klimaks CINTA.. dan CINTA yang sehidup semati adalah CINTA yang abadi.. korang pernah tak tengok CINTA sehidup semati macam mana??? kalau nak tahu nanti aku buat entry lain.. sebab aku tahu sangat apa maksud CINTA yang sehidup semati.. sangat indah...!! p/s : okay!sebarang komen sangatlah dialu-alukan untuk berkongsi idea dan pengalaman.. andai ada terkurang terlebih daripada entry nie please lah komen jugak yee!tq! Labels: ✿ chenta ✿ |